Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima
juta di Asia , dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap
orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua
sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini
berlaku?
Siapa mereka ini?
Albert Einstein, saintis zaman
moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia
Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego
dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga
Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka
banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya
menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan
jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang
pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg
mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk
siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit.
Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi
neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian
endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck
menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory
Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald
menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah
Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) .
Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley
Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor
rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles
Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless
steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon
untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar
jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo),
Levis Strauss (Levi ' s Jeans), Howard Schultz (Starbuck ' s), Sergey
Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle),
Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill
Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti
tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph
Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS);
Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan,
Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet
Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac
Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan
dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan
bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray
(bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri
ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British);
Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas
Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi
yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News);
Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time);
Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor
Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan
dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4
bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di
Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah
pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris
Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison
Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy
Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman,
Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry
Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood
sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit,
Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly
Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3),
Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo '
s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman
(Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington
yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan
lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam
Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan
resolusi memuji dan ' membuat apa saja ' demi Israel .
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan
1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia ,
400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap
lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang
Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang
Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini
jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua
*****a ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk
setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan
India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian
' Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia ' - dan menakjubkan -
tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data
yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir
90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara
majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40
peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik
huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan
sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara
majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki
universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara
majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta
penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh
negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50
juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per
sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK
untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju
membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar
harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang
dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan
sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di
Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara
nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang
ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang
menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah
di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS $3.8
trilion dan Jerman AS $2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya,
Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan
dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol
sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1
trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
---------------------
Pesanan Kepada Pembaca Sekalian
Kami
berharap agar artikel di atas dibaca dan direnungkan secara positif.
InsyaAllah, umat Islam boleh menjadi umat terhebat jika kita semua
berpegang teguh pada suruhan Allah SWT yang paling awal diturunkan
melalui wahyu, iaitu IQRA' (Bacalah). Pada hemat kami, inilah yang
menjadi KUNCI kepada kegemilangan umat Islam. Semoga Allah SWT jadikan
umat Islam cintakan ilmu pengetahuan dan penyelidikan.
No comments:
Post a Comment